MODUL STANDARD PEMBELAJARAN
Tahun : 1
Bidang : Membuat Corak Dan Rekaan
Aktiviti : Titisan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Hiasan Dinding
Masa : 60 minit
Media : Alatan : Berus, span , dedaun, ranting.
Bahan : Kertas Lukisan, warna air, warna poster
Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik titisan & power point contoh hasilkerja
titisan.
STANDARD KANDUNGAN
1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetika Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 warna- primer dan sekunder
2.1.1.2 Jalinan- tampak
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Imbangan- warna
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan- rawak
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasi pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alatan – berus dan palet
2.2.1.2 Bahan- kertas lukisan warna air, warna poster atau tempera
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.
2.3.2 Menghasilkan corak teknik titisan
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual .
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dengan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
· Guru menyoal murid tentang kepentingan membaca buku.
· Guru minta seorang murid kehadapan mencerita secara ringkas sinopsis buku yang pernah dibacanya.
· Guru menanya murid tentang penanda buku.
· Guru menunjuk beberapa contoh penanda buku .
· Guru minta murid member respon secara lisan tentang penanda buku.
| |
Aplikasi Seni
· Guru mendemonstrasi pada murid teknik titisan.
· Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak titisan.
· Murid menjalani aktiviti tersebut dengan dibimbing oleh guru.
| |
Ekspresi Kreatif
· Murid diminta menghasilkan kerja seni titisan dengan mengguna berbagai media dan bahan.
Langkah -langkah
-Sediakan sekeping kertas lukisan .
-Ada bahagian yang dibasahkan dan ada yang tidak.
-Bancuh cat air atau poster berbagai warna.
-Titiskan warna- warna berkenaan dengan mengguna alat berus, lidi, dedaun , spon dan sebagainya.
-Lakukan aktiviti berkenaan secara berulang sehingga didapati memenuhi ruang dan kelihatan menarik.
-Murid boleh mengulangi aktiviti berkenaan di atas pelbagai permukaan seperti kertas tisu, atau sebagainya.
· Setelah siap dan dikeringkan , murid diminta membuat lakaran garisan rupa imej yang diminati untuk dibuat penanda buku.
· Murid memotong imej yang telah dilakarkan.
|
Cat air, poster, berus, lidi, dedaun, spon dll
|
Apresiasi Seni
· Murid mempamerkan hasil kerja.
· Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
· Guru berinteraksi/ bersoaljawab tentang hasil kerja murid dengan memberi penekanan laras bahasa seni.
· Guru membuat rumusan.
|
INSTRUMEN PENILAIAN BERASASKAN KENDALIAN SEKOLAH
SENI VISUAL :KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH :KSSR
Nama Murid : _____________________________________________
Darjah : _____________________________
Tarikh : _____________________________
Tajuk :_____________________________
Bidang : _____________________________
Aktiviti : _____________________________
Rubrik / Jadual Penentu Tugasan
Item
|
Kriteria
|
Peratus
|
Markah
|
CATATAN/ KOMEN GURU
|
Persepsi Estetik
|
Memahami dan mengenali dan berbicara : asas seni reka/ bahasa visual dengan baik.
Dapat mengumpul dan menganalisa maklumat dan data dari pelbagai sumber dan bahan.
|
20- 0%
| ||
Pengujudan idea
& Perkembangan Idea
|
Dapat mengaplikasi sumber idea dalam aktiviti kreativiti perkembangan idea.
Secara kreatif mengolah sumber idea peringkat demi peringkat.
Terdapat keaslian dalam kreativiti dan idea.
|
20- 0%
| ||
Teknik
|
Mengaplikasi teknik seperti yang dikehendaki.
Terdapat kepelbagaian teknik.
Keberkesanan dan kesesuaian teknik yang gunakan.
|
20 - 0%
| ||
Bahan, Media & Alat
|
Dapat mengaplikasi pelbagai media dan alat.
Dapat memilih dan menggunakan media dan alat sesuai dengan kreativiti dan rekacipta.
Keberkesanan dan kejayaan penggunaan media dan alat.
|
10%
| ||
Produk akhir
|
Rekacipta dan kreativiti.
Keaslian
Organisasi dan pengolahan: unsure dan prinsip rekaan.
Kekemasan.
Persembahan.
|
20%
| ||
Sahsiah
|
Sikap dan penglibatan murid semasa menjalani sepanjang sesi pembelajaran.
|
10%
| ||
Jumlah
|