Teach me, Lord,What I don't know.
Show me which way
And where to go Alone I stumble
Alone I fall But your gentle voice
Leads through it all
Take my hand Light my way
With you all my life. Don't you know that it's true. I'm living to love you
Teach me, Lord and Father, Your child has become like new


翻着古老的相片簿对着总是总是,在心中鼓励着我的人,嗫嚅着谢谢两个字!晴空飒爽也好,大雨滂沱也罢,那时时刻刻浮现的笑容^0^即使回忆已远离褪色,我依然追寻丝。。。。


Saturday 29 September 2012

SSR 3053 SEM 4-SENI Tahap 1


TUMPUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat
aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kr itis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam
dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Per ingkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan
datang.
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian,
karangan dan puisi.
Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai
sumbangan mereka.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual
secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang w ujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sew ajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1
Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran
1. Menggambar Asas menggambar
Aras 1
i. Menyatakan secara lisan
pengalaman pembelajaran
yang diperhatikan di
persekitaran.
ii. Melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej
melalui garisan dan rupa
secara tidak terancang.
Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan
untuk menggambar secara
mudah.
Aras 3
i. Menggunakan bahan
kutipan untuk menggambar
secara:
a. menekap
b. memotong
c. menampal
d. mencantum
e. menyusun gambar
ii. Menyatakan secara lisan
tentang hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.
a. Memerhati kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan
laluan anai-anai, siput, ketam, laluan air, kesan tayar dan tapak kasut di
atas permukaan tanah atau pasir dari segi sifat dan jenis garisan seperti
tebal, nipis, dalam, cetek, putus-putus, lurus, dan bengkang-bengkok.
b. lakaran
c. gurisan
d. gosokan
e. garisan
f. tekapan atau surihan
g. kolaj
variasi garisan
lukisan krayon
kolaj kesan gosokan
garisan secara rawak



No comments:

Post a Comment