Teach me, Lord,What I don't know.
Show me which way
And where to go Alone I stumble
Alone I fall But your gentle voice
Leads through it all
Take my hand Light my way
With you all my life. Don't you know that it's true. I'm living to love you
Teach me, Lord and Father, Your child has become like new


翻着古老的相片簿对着总是总是,在心中鼓励着我的人,嗫嚅着谢谢两个字!晴空飒爽也好,大雨滂沱也罢,那时时刻刻浮现的笑容^0^即使回忆已远离褪色,我依然追寻丝。。。。


Thursday 4 October 2012

Tugasan SEM 4


QGU 3013 FORUM 1 (Due date: 28/9/1012 – MINGGU 3) 
Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Sila jelaskan maksud kurikulum futuristik dan bagaimanakah kurikulum tersebut ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia?
FORUM 2 (Due date: 12/10/2012 – MINGGU 5) Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut.

FORUM 3 (Due date: 26/10/2012 – MINGGU 7) Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, cuba kenal pasti pelaksanaan kurikulum yang mengintegrasikan di antara kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan.
FORUM 4 (Due date: 9/11/2012 – MINGGU 8) Bincangkan perbezaan diantara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran alternatif.
FORUM 5 (Due date: 16/11/2012 – MINGGU 9)

Pilih satu tajuk yang sesuai dan cuba anda bina satu bentuk pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Dua berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan bincangkan serta dapatkan pandangan bersama rakan-rakan berdasarkan kesesuai bentuk pentaksiran tersebut.
FORUM 6 (Due date: 30/11/2012 – MINGGU 11) Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, yang manakah berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan? Pada pandangan anda, sejauhmanakah akta tersebut digunapakai di sekolah anda?

TUGASAN 2 - FOLIO Yusop bin Ahmad 9 November 2012 (MINGGU 8)
1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkenaan Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
2. Dalam folio tersebut, pelajar hendaklah berupaya mengurus, melakukan sintesis dan membincangkan dengan jelas tentang konsep TGFU berdasarkan objektif yang disenaraikan seperti berikut:
a. Mendefinisikan TGFU,
b. Menerangkan kepentingan TGFU.
c. Menyatakan komponen TGFU.
d. Menjelaskan kepentingan pengajaran PJ menggunakan kaedah TGFU.
e. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGFU.
f. Menyediakan 1 contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi 1 tajuk kemahiran yang mengaplikasikan kaedah TGFU.
g. Memasukkan maklumat lain berkenaan TGFU yang dirasakan penting dan relevan .3. Untuk menghasilkan portfolio yang berkualiti, pelajar dikehendaki:
a. Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan menggunakan bahan seperti dapatan kajian, gamba rajah, carta, statistik dan sebagainya yang diperoleh sumbernya selain daripada buku teks.
b. Setiap bukti dan penjelasan yang dihasilkan mesti disertakan bersama rasional dan refleksi kendiri oleh pelajar.
c. Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan portfolio yang bernas, bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.
4. Format penulisan portfolio:
a. Mengandungi muka hadapan
b. Mengandungi bahagian isi kandungan.
c. Mempunyai tajuk, sub tajuk dan rujukan
d. Di taip langkau 1.5.
e. Tiada had jumlah muka surat bergantung sebanyak mana pelajar boleh membuktikan kefahaman beliau terhadap tajuk yang diberi secara kreatif dan efektif.
f. Portfolio disusun dalam bentuk soft copy dan hendaklah diupload ke dalam tapak penghantaran tugasan yang terdapat dalam MYGURU.

TUGASAN 3 – KERTAS KONSEP –20% Yusop bin Ahmad 23 November 2012 (MINGGU 10)
1. Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid.
2. Panjang tugasan ialah 10 muka surat termasuk muka depan, isi kandungan dan rujukan.
**********************************************************************************************

QGJ 3023 FORUM Moderator : Nur Haziyanti binti Mohamad Khalid (31 JANUARI 2013)
FORUM 1 1. Seorang pesakit fraktur tulang fibia telah dipakaikan kas plater untuk patah tersebut. Selepas dua minggu pesakit tersebut telah menanggalkan kas tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan doktor yang merawatnya. Tindakannya telah menyebabkan tulang tersebut tidak sembuh sepenuhnya. Bincangkan tujuan kas plaster tersebut dan sebab mengapa tulang tersebut tidak sembuh sepenenuhnya. FORUM 2 2. Perihalkan kesan tidak menggunakan otot rangka tertentu secara kerap. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut? FORUM 3 3. Patah tulang kerap berlaku dalam kalangan mereka yang mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan berat badan tetapi tidak bersenam. FORUM 4 4. Kajian yang dilakukan oleh Profesor Wan Nabe mendapati bahawa kebanyakan daripada pelari-pelaripecut yang ternama mempunyai ciri-ciri yang berikut: • Tinggi dengan bentuk badan mesomorf • Kaki bawah langsing serta pinggul yang kecil. • Kandungan serat otot cepat sentak melebihi 80% daripda jumlah keseluruhan otot kaki. Bincangkan kaitan ciri tersebut dengan prestasi cemerlang mereka dalam acara lari pecut.
Tugasan: ANALISIS PERGERAKAN (31 December 2012) Nur Haziyanti binti Mohamad Khalid
Rujuk mukasurat 139 modul Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia dan lengkapkan tugasan yang diberikan.
Analisis anda hendaklah meliputi perkara berikut:
· Pemerihalan pergerakan yang dilakukan.
· Satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan
· Sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut.
· Pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut.
· Otot agonis yang terlibat dalam pergerakan.
· Jenis penguncupan otot agonis.
1. Baca dan faham arahan yang diberikan sebelum memulakan tugasan anda.
2. Jenis dan saiz fon: Times New Roman; bersaiz 12; langkau 1.5.
3. Cetak tugasan anda pada sebelah muka surat kertas bersaiz A4.
4. Bagi tugasan ini, kokot semua helaian kertas termasuk helaian muka hadapan tugasan (Lampiran 1) dan kemaskan dengan pita pengikat hitam.
***************************************************************************

CMP 2011 KURIKULUM
20% kuiz
80% kertas kerja
 Kerja kursus - 80%
Kerja kursus ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu;
- Perancangan (Sebelum aktiviti)
- Pelaksanaan (Semasa aktiviti)

- Laporan (Selepas aktiviti)
Pelajar dikehendaki memikirkan satu aktiviti yang melibatkan aktiviti kokurikulum. Pelajar boleh memilih aktiviti sama ada dari unit kokurikulum sukan, kelab persatuan, atau unit beruniform. Kerja kursus yang dibuat hendaklah berpandukan format di bawah.
a. Perancangan
- Kertas kerja aktiviti - Pengenalan
- Objektif
- Tujuan
- Tema
- Sasaran
- Tarikh
- Masa
- Tempat
- Anjuran
- Jawatankuasa pelaksana
- Tentatif
- Anggaran perbelanjaan
- Jadual pelaksana gerak kerja
- Penutup
- Lampiran - Senarai tugas jawatankuasa
- Surat urusan aktiviti
- Minit mesyuarat yang telah diadakan

b. Pelaksanaan
- Situasi Tentatif - Pendaftaran peserta
- Upacara Perasmian pembukaan
- Teks pengerusi majlis
- Senarai aktiviti yang diadakan
- Perasmian penutup

c. Laporan
- Situasi Tentatif - Surat ucapan terima kasih
- Laporan jawatankuasa kerja
- Laporan kewangan
- Kesimpulan laporan - kekurangan
- kelebihan
- Cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.

Masa Penghantaran
- 12 November 2012






No comments:

Post a Comment